top of page
Search

Mengenal Jenis-Jenis Kain

  • iasahsedik
  • Oct 22, 2017
  • 5 min read

Hi dan assalamualaikum, disini saya nak kongsikan cara untuk kita mengenal jenis jenis kain untuk telekung.


1. COTTON Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci. Antara ciri – ciri lainnya ⦁ nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan ⦁ kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku ⦁ kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam. ⦁ noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent. ⦁ boleh dicuci atau di dry clean ⦁ tidak mudah kusut saat dicuci ⦁ apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat. Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian. i. Cotton Jepun (Japanese Cotton) Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti ⦁ dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut. ⦁ daya menyerap keringat lebih bagus. ⦁ harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran. ⦁ permukaan kain lebih halus. ⦁ warna lebih awet dan tahan lama. ⦁ sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya Kami banyak membuat blouse daripada Japanese Cotton. Koleksi blouse dari Japanese Cotton boleh dilihat di sini http://haleema.com.my/collections/blouse/haleema ii. Cotton Paris Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin. iii. Cotton Silk Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah : ⦁ permukaan kain lebih mengkilap. ⦁ harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun ⦁ daya serap keringat paling rendah. ⦁ warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci. iv. Cotton minyak Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk). ⦁ harga sama dengan cotton biasa. ⦁ daya serap keringat yang baik ⦁ kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian. v. Cotton biasa ⦁ motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak. ⦁ harga lebih murah. ⦁ daya serap keringat sederhana bagus. ⦁ warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun 2. JACQUARD Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain. Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit 3. CREPE Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe. 4. RAYON Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut. 5. KAIN ORGANZA Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin. 6. KAIN CHIFFON Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.


Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

  • Chiffon Sutera

Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

  • Chiffon Goldline

Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.

  • Chiffon Georgette

Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette. Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.


  • Double Chiffon

Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

  • Chiffon Plain

Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

  • Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)

Mempunyai motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.

  • Chiffon Paisley

Mempunyai motif bercorak paisley.

  • Chiffon Tribal

Mempunyai motif bercorak tribal

Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

Ada juga yang didatang khas bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.

7. KAIN SATIN Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin. 8. POLYESTER Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan. Antara ciri-ciri lainnya : ⦁ Bahan terasa panas dibadan. ⦁ Tidak menyerap keringat. ⦁ Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda. ⦁ Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian ⦁ Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam 9. SUTERA Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Antara ciri-ciri lainnya : ⦁ Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing). ⦁ Menyerap keringat ⦁ Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama. 10. VISCOSE Antara ciri – cirinya: ⦁ Terasa lembut dan dingin di kulit ⦁ Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat ⦁ Menyerap keringat ⦁ Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam ⦁ Boleh dicuci atau di dry clean ⦁ Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent 11. LINEN Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress Antara ciri-ciri lainnya : ⦁ Bahannya kaku dan dingin. ⦁ Permukaan kain agak kasar ⦁ Menyerap keringat. ⦁ 4x lebih lasak dari cotton ⦁ Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F). ⦁ Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam 12. SONGKET Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. 13. LYCRA Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain 14. WOOL PEACH Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun,sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebeabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain. Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.



 
 
 

댓글


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • White YouTube Icon
  • RSS Clean

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page