Cara menjahit telekung untuk kanak kanak
- iasahsedik
- Oct 30, 2017
- 4 min read
Assalamualaikum semua! Di sini saya nak kongsikan dengan semua langkah-langkah untuk menjahit sepasang telekung kanak-kanak yang dijahit oleh tailor saya iaitu kak nor. Saya harap tutorial ni dapat mudah untuk difahami oleh semua orang ya. Disini saya senaraikan bahan bahan atau peralatan yang digunakan untuk menajhit telekung kanak kanak ini seperti :
- Mesin Jahit
- Seterika
- Pita pengukur
- Benang (mengikut warna kain)
- Jarum peniti
- Kertas
- Alat penanda seperti pensil atau kapur
- Getah 1"
- Getah 1/2"
- Safety Pin saiz besar dan kecil.
Pertama, kita ambil dulu ukuran yang penting:
Labuh baju telekung (dari dagu ke lutut) - 41"
Lilit muka (lilitkan muka dengan pita dari dagu ke atas kepala) - 19"
Belakang kepala (ukur dari telinga kiri -belakang kepala -ke telinga kanan) -12 1/2"
Labuh Kain (dari pinggang ke lantai) - 35"
Pinggang - 22"
Penggunaan kain:
Bidang: 60"
Panjang : 2 1/2 meter
Jenis Fabrik : Polyester
**Kalau pakai kain bidang 45", anda memerlukan 4 meter.
** Bagi projek ini, saya tak menggunakan mesin jahit tepi untuk kemasan. Anda boleh membuat kemasan jika mahu.

1. Lebarkan kain, bahagian corak menghadap atas. 2: Lipat dua. 3: Pada bahagian lipatan, hujung kiri kain, ukur 3" dan tandakan. 4: Dari ukuran 3", ukur labuh baju telekung mengikut ukuran yang dikehendaki, di sini Nawal tandakan 41".

5. Ukuran labuh telekung 41". 6: Dari ukuran 41", lukis lengkung hingga ke hujung kiri atas kain dan potong.

7: Berbalik kepada bahagian ukuran 3" tadi, dari bucu kain tersebut, tandakan ukuran lilit muka(19") ÷ 2 = 8" di situ. 8: Dari ukuran 3", buat satu garisan lurus pada tanda 8" tadi. 9:Potong bahagian tersebut.

10. Ok. Inilah bahagian yang dapat setakat ni. Yang baru potong tadi tu adalah bahagian muka. Kita juga ada bahagian yang melengkung. Jahit lurus bahagian yang ditandakan, iaitu dari tanda lilit muka hingga hujung kain. Basi jahitan 1/2". ** Basi adalah kelebaran jahitan di atas kain.

11: Gosok bahagian kelim yang dijahit tadi. Ini akan membuatkan jahitan kita tampak kemas.
12: Pada bahagian muka, snipkan bahagian yang bertanda *. * yang kiri adalah tanda atas kepala dan * yang kanan adalah 1/2 dari lebar bukaan muka tersebut = 4".

13: Untuk lukis pola bahagian dagu ambil kertas dan lukis segitiga 5" panjang dan tinggi 2". Anak panah pada pola menandakan bagaimana pola itu harus ditempatkan pada kain.
14:Untuk pola pelapik kepala, lukis semi oval yang berdiameter 10 1/2" dan tinggi 3" ** tanda tiga titik putih bermaksud dia atas lipatan (lipat kain dan letak pola atas kain yang mana bahagian tiga titik itu di atas bahagian berlipat), penitikan kan pola di atas kain dan potong.
15: Beginilah hasilnya.
16: Bahagian penuh kain pelapik kepala dan pelapik dagu.

17: Ambil pelapik dagu segitiga yang dilipat dua tadi dan sambungkannya pada bawah bahagian muka di baju telekung. Mulakan dari bahagian tengah dan pinkan di kanan dan kiri.
18: Samakan bahagian sisi pelapik dengan muka. Penitikan dan jahit 1/4" basi.
19:Bahagian pelapik dagu yang telah dicantumkan dengan muka telekung.
20: Di kiri dan kanan muka telekung, bahagian yang telah disnipkan sebagai penanda untuk menempatkan tali getah nanti.

21: Berbalik kepada pelapik kepala. Lipat pelapik tersebut kepada dua. Bahagian cantik bertemu cantik (right sides together). Tandakan 7" untuk tempatkan getah di situ.
22: Getah lebar 1/2" dan berukuran 4 1/2" akan ditempatkan di bahagian yang bertanda tadi.
23:Tandakan 1/4" pada getah di kiri dan kanan. Tanda yang ada pada getah dan tanda pada pelapik akan ditemukan nanti.
24: Lipat pelapik kepala dan sematkan pin pada tempat yang ditanda dari dalam tadi. Penitikan kiri dan kanan. **tiada getah yang disematkan pada langkah ini

25: Dengan kemuatan getah yang 1/4" itu, jahit di bahagian yang ditandakan. AWAS!! jangan jahit di kiri dan kanan, nanti getah tak boleh masuk pula.
26: Ambil getah yang dah diukur. Pin kan bahagian hujung dengan safety pin bersaiz kecil.
27: Masukkan getah ke dalam jahitan pelapik tadi.
28: Ingat! samakan tanda getah dengan tanda dalam pelapik dan penitikan. Jahit menegak bahagian tersebut. Kalau nak agak-agak pun boleh, janji getah tadi terletak dengan betul.

29: Bahagian pelapik kepala yang bergetah sudah siap. Snip bahagian tengah pelapik kepala seperti yang ditanda sebagai penanda.
30: Samakan bahagian snip pelapik dengan yang di bahagian kepala telekung yang telah di snip terlebih dahulu tadi. **tujuan di snip atau di tanda adalah untuk menyamakan bahagian kepala dan pelapik agar sekata dan tidak herot berot.
31: Bahagian pelapik disamakan dengan bahagian luar kepala telekung (bukan bahagian dalam telekung).
32: Pin kan dengan peniti. Mulakan dari tengah dan pinkan selebihnya. Jangan jahit lagi.

33: Untuk membuat tali ikat kepala atau getah ikat kepala, potong kain (strip) mengikut ukuran (belakang kepala (12 1/2") x 2 + 1" = 26" dengan kelebaran 1 1/2".
34: Jahit setepi strip tersebut dengan memberi ruang untuk memasukkan getah nanti.
35: Terbalikkan dan gosok strip itu.
36: Sekali lagi ambil getah lebar 1/2" dengan ukuran belakang kepala 12 1/2", sematkan safety pin kecil di bahagian hujung getah.
37: Masukkan getah ke dalam strip yang dah digosok tadi. 3
8: Tali getah telekung akan kelihatan deperti ini.

39: Letakkan hujung tali telekung di bahagian tepi kepala yang dah di snip tadi. Sematkan pin di kiri dan juga di kanan muka telekung. (Tali mestilah dijahit kiri dan kanan bukan sebelah je ye!)
40: Bahagian kiri dan kanan tali sebenarnya akan ditutup oleh bahagian pelapik kepala. Bertindih antara satu sama lain.
41: Sematkan peniti seperti biasa sebelum dijahit

42: Jahit 1/4" keseluruhannya atau jahit setapak dari tapak mesin jahit (sebagai panduan ukuran).
43: Bahagian kepala yang siap dijahit akan kelihatan seperti ini.
44: Bahagian tepi muka telekung. SIAP!
Comments